Sunday, August 30, 2009

tentangan perasaan.

emm...
kalo mereka cakap karya korang macam kanak-kanak, betulkah ?
kalo mereka kata kamu tak matang , ye ke ?
kenapa mereka nak tahu ? sedang kan ini hidup ku.
aku hanya berkarya bukan untuk publisiti , cuma aku hanya menulis untuk happy happy.
aku sedar diri aku hanya kanak-kanak yang riang , cuma belum bersedia untuk menghadapi dunia seorang diri kerana ku perlukan seorang teman yang juga riang . aku tak perlukan teman yang berlagak matang sebelum mencermin kan diri sendiri.
aku nak tempuhi dunia ini dengan kawan yang riang . aku tak perlukan kawan yang hanya
pentingkan karya mereka yang dianggap matang . aku tahu aku tak cukup bagus untuk menulis , tapi sekurang-kurangnya karya ku menghiburkan hati ku sahaja kerana aku juga tahu karya ku bukan nya sesuai untuk golongan yang menganggap mereka matang. Kenapa menjatuhkan aku dengan begitu ? aku menulis bukan sahaja untuk menghiburkan hati , malah untuk meningkatkan lagi kualiti karya dan bukan nya publisiti. aku masih lagi belajar . aku tak pandai . aku sedar . kau lah sahaja yang betul , matang . tapi kau lah yang menjadi punca kejatuhan dan peningkatan aku dalam menghasil kan karya yang bagus . kenapa nak berhujah secara matang dengan kanak-kanak riang macam aku ? sengaja nak mencari salah ku . aku tak sehebat kau , banyak kesalahan yang ku lakukan tetapi aku berusaha membaiki nya. malas aku nak melayan orang yang matang macam kau . aku cuma nak gembira dan mengambil beberapa ilmu pengetahuan yang aku temui dari pengalaman ku selama ini . aku nak sesuatu yang lain , tapi kau kata ia cuma karangan kanak-kanak yang bodoh. apa masalah kau ? aku tak ingin menjadi matang dan hanya membuat karya yang mempunyai isi tersirat dan tersurat yang kanak-kanak lain tak boleh faham. aku nak orang lain faham tentang kegembiraan yang ku selitkan dalam karya aku yang tak matang.

-ia cuma tentangan perasaan dari insan yang biasa. =)

1 comment: