Saturday, August 22, 2009

si putera untuk si puterinya.

Pada zaman dulu kala , kisah cinta antara dua manusia menjadi hiburan pada masa kini. Tapi sudah tidak sama, kerana zaman dulu dengan sekarang sudah tidak sama lagi . Teknologi kian berkembang maju , masa menjadi penentu segala kejadian.

Kisah si putera dan puteri pada zaman dulu lain , si putera nya kacak berbaju besi dan bersenjatakan pedang yang membunuh banyak pahlawan lain. Dengan pangkanyat iaitu anak raja , memudahkan si putera ini untuk memiliki hati si puteri idamannya.Si puterinya pula cantik dengan bergaun gaya barat dan sedang menunggu kesatria yang datang melamar nya . Si putera datang dengan bergaya menaiki seekor kuda jantan berwarna putih . Si puteri masih menunggu si putera di istana yang besar. Berada di tingkat atas sekali yang hanya terlihat-lihat sama ada si puteranya datang melalui jendela. Si putera datang dengan sekuntum bungan ros berwarna merah yang digigit di mulut bagi membangkitkan suasana romantik antara si putera dengan si puteri . Apabila si putera dan si puteri bertemu , mata mereka saling tidak berkelip melihat keindahan pada pasangan nya. Jari-jari si putera mula bergerak ,memegang tangan si puteri yang halus .Lalu si putera memeluk erat si puteri hingga tiada ruang bagi udara. Mereka saling bercumbuan bagi melepaskan rasa cinta di hati. Waktu malam yang menjadikannya semakin istimewa bagi si puteri dan si putera. Cinta berkembang apabila si putera melutut di depan si puteri dan melamar pada waktu malam itu juga dan si puteri senyum sehingga tidak berkata. Senyuman itu menandakan bahawa si puteri setuju dan bakal berkahwin di istana. Tetapi si putera mengajak si puteri untuk mengikutnya ke satu destinasi dengan menaiki kuda putih nya. Tanpa sebarang perkataan ,mereka terus menaiki kuda lantas bergerak sepantas yang mungkin menuju ke destinasi yang ditetapkan. Di saat si putera menyarungkan cincin bertakhta kan belian , maka bersoraklah rakyat jelata. Raja pula gembira dan belanja semua rakyat jelata arak dan makan pada malam perkahwinan itu.Hidup bahagia lah antara si putera dan si puteri.

Tetapi di masa kini , lain pula kisah nya 'si putera untuk si puteri'. Laen kali aku cerita kan kisah ini dan aku percaya bahawa korang mesti ada kisah 'si putera untuk si puteri' dalam versi sendiri....Thank you.

No comments:

Post a Comment